Pages

Thursday, December 30, 2010

Azam 2011


Tahun 2010 hampir menutup tirai birainyaa...maka bermulalah episod baru semestinya ditahun baru 2011..



wow cepat giler kot mase berlalu..tup-tup dah nak masuk 2011..macam susah pulak nak percaya..tutup mata bukak mata tutup mata balik siap terlopong mulut eh eh dah masuk 2011..fuhhhh masa berlalu amat-amat pantas tanpa kita sedari..kalau kita sedari pun kita tak leh nak wat apa sebab memang dia tetap jalan punya..tup tap tup tap tiap saat lari meninggalkan kita..



jadi kawan-kawan..ibu-ibu..bapak-bapak sekalian..meh sini kita buat satu benda yang berfaedah punya..apa tu?? buat tak tahu lah..eh-eh apa budak ni merepek...panggg tampar sikit pipi..eh sedar-sedar la dah nak masuk 2011 ni wei....jangan wat tak taw camtu..kena wat tahu...wat tahu pasai apa??



tahu pasal azam kamu..a.z.a.m. kena tahu supaya kamu dapat target hidup kamu jadi makin baik..makin cemerlang..makin berjaya dan luar biasa bagus dan hebat sekali! hah tu dia baru mantap gituh...apa kelas kalau tak ada azam kan?? budak-budak pun pandai ada azam..so kita? mestilah kena ada..baru ada umphh gituh..hehe



cara nak buat azam senang je..tapi nak realisasikan ia senang tak?? aish sapa kata susah..ia jadi senang kalau kamu kata senang dan ia akan jadi susah kalau kamu kata susah..boleh?



untuk lebih berkesan azam kamu tu..kamu kena ada satu azam sahaja dalam satu-satu masa...kenapa?? sebab selalunya azam banyak-banyak sangat mesti jadi bak kata nenek moyang kita.."yang dikendong berciciran yang dikejar tak dapat" eh macam terbalik je..hehe takpe baca sekali lagi dari belakang eh..



yang penting lagi kena tulis azam tu dan lihat selalu..t.u.l.i.s dan l.i.h.a.t. selalu..sebab apa macam tu? sebab kita boleh buat minda kita fokus untuk merialisasikan ia...ya betul..biar minda kita jadi f.o.k.u.s.!bila dah fokus mesti banyak idea yang tip top datang dan datang..tak percaya? sila cuba dan buat..dan nantikan kejutan-kejutan dari minda dan akal yang Tuhan bagi ni kat kita ni yang super duper hebat ini..



apa nak buat kalu idea datang? mesti tangkap ia cepat-cepat dan kasi tulis sama itu idea agar ia tidak hilang dimamah kelupaan..jadi ingat semua ya..bila datang je apa-apa idea ambik..tangkap dan tulis..baru melekat kat kita..kalau tak apa jadi?? hilang begitu saja..sayang seribu sayang..



ok..jangan lupa jugak..semua perkara datang daripada Allah yang maha agung maha kuasa Dialah segalanya..jadi kita jangan takbur beb..so doalah selalu kepadaNya mintak selalu apa sahaja yang kita mahu..Dialah Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..senantisa makbulkan doa hambanya..lambat atau cepat je tu berbeza setiap orang...tapi kalau dipikir-pikir balik kan..kita ni kuat berdoa tak?? mungkin ada yang kuat itu..alhamdulillah..



ya bab doa ni tak habis lagi..sebenarnya kita kena mintak detail dengan Allah..mintak secara jelas...doa secara j.e.l.a.s apa yang kita mahu daripadaNya..jangan doa ala-ala kadar macam tu je...kita doa biar bersungguh..doa dengan tidak jemu pasti Allah akan dengar...dan juga doa-doa di sepertiga malam juga mudah dimakbul olehNya..begitulah hendaknya....



ni bukan auta main-main cik ss hantam ye..tapi cik ss pernah baca..dengar..dan dapat nasihat daripada ustaz-ustaz dan pakar-pakar motivasi semestinya..ya..ya..jadi meh la kita sama-sama acu cuba try test ya semua ni...tak rugi la ada matlamat dan azam..jadi apa sahaja matlamat dan azam korang sendiri mau ingat ye...hihi..share atau keep it untuk diri sendiri tak ada masalah...terpulang pada kamu orang ya...



opss cik ss mau keep it..huhu cik ss malu la nak share...awwwww..hahaha

























Saturday, December 25, 2010

Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya...


Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.




Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.


Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?




Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.



Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.



Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula. 


Thursday, December 23, 2010

Jaga jangan tak jaga

Salam manis semua...

 kali ni cik ss nak kongsi tips manyak bagus ni...hasil penelitian cik ss kat info-info omputih al mat salleh tu.. cik ss kira benda ni nampak simple tapi ia leh bagi kesan yang baaik punya untuk kita sume keh..ok meh sini cik ss kongsi ngan ko orang yea...


ops lupe nak cakap ini punya tips pasai kecantikan gituh..


1- mesti sediakan tiga tuala untuk kegunaan seharian korang..satu untuk rambut..satu untuk badan dan satu untuk muka..ingat tu..kene asing-asingkan ye..jangan main guna satu je tuala lap sume sekali..sebab ape takk leh..sebab nanti bakteri mudah merebak..so jadi la macam-macam poblem seperti kelemumur la..jerawat la..so stat pada hari ni sapa-sapa yang buat keje macam tu pandai-pandai la nak hidup ye..hehe.


2- Jangan tertipu! Mata kita ni kan tidak perlu penjagaan khusus sebenarnya, jadi jangan duk buang duit beli krim mata mahal-mahal. Kulit di sekitar mata anda mungkin sensitif kan, tapi kat sini nak tekankan ia sebenarnya tak perlu pun formula khusus sebab pelembab secara teratur tu bole jadi berkesan..korang leh try guna timun letak kat mata..tu memang pelembab semulajadi... yang penting amalkan tidur awal dan pemakanan yang sihat dan yang penting jangan stress-stress baru la okeh.


3- Kalau korang rasa sayang sangat kat rambut korang kan..oh ada ke yang tak sayang rambut ni..hehe..korang mesti nak ianya lebat sampai tua kan..so petuanya kat sini jika nak kekalkan rambut korang yang cantik-cantik itu korang kene bersenam..atau exercise yea..hehe kot ade yang tak paham bm kang..haha..ha tu kene exercise dan BUKAN dengan berdiet...eh pandai-pandai je aku reka ni..beto ke...hehe mesti la betul..ni dier sumbernya daripada-Michael Lorin Reed pakar dermatologist dari New York.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


OK la ni saje kali ni..nanti ada info best punye cik ss akan kongsi lagi key.
take care to uols
rajin-rajin la singgah kat blog cik ss ni yea.
=tata=







Friday, December 10, 2010

Setiap hirupan membawa padah

Kawan saya (dah arwah)...
dari usia muda...
pagi nescafe...2 X
petang nescafe...2X
malam nescafe...? X

depan mata saya...
bengun dari kerusi ...
kaki dia terus patah...
ulang dia reput...



Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang

Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakanan..

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat

dikenalpasati:

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh 

2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya. 

3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap. 

4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.

5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari. 

6. Tapak tangannya.semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini

adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)

2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer.

3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimer yang tinggi. 

4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.

5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine.

6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya.

7. Elakkan mandi selepas makan.

8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari. 

9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda 

10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya. 

11.Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada
nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

Sekian wassalam wallahua'lam. 


Awek cun

Alkisahnya...

Pada suatu hari sedang berjalan-jalan di pekan, Awang terjumpa seorang awek yang cun. Dia pun tegur la awek tu. Awek tu pun menyahut, "Elle, setakat pakai motor buruk tak main lah. Orang nak cari yang ada BMW." Punyalah bengang si Awang. Mulai hari tu Awang pun belajar la rajin-rajin sehingga berjaya jadi engineer dan memakai BMW.... Pada suatu hari Awang terjumpa balik awek yang hina dia tu.

Awang : Hai, kenal saya lagi?

Awek cun : Tak ingat lah.

Awang : Alla, dulu saya ngorat awak tapi awak sombong. Awak dah kawin ke.

Awek cun : Dah (sambil menunjukkan suaminya yang sedang menunggang modenas tahun 1997)

Awang : Aik, kata tak suka yang pakai motor buruk?

Awek cun : Apa nak buat, yang ngorat saya semua pakai motor buruk,

saya kebas je le mana yang ada.

Awang : Padan muka. Hehehe..........(tapi dalam hati kecik kata melepas la aku..tak guna aku belajar rajin-rajin) hahaha.........

Tangga yang aneh: bahagian 2



Ok...ni tangga yang sangat berguna untuk menjimatkan ruang di ruang tamu rumah anda...kita namakan dier tangga 2 in 1..kenapa kita namakan sebegitu? kerana tangga ini jelas menunjukkan 2 fungsi iaitu sebagai tangga dan juga berperanan sebagai rak perabot..cantik disitu! hehe..anda harus memilikinya bukan?
menjimatkan ruang

Ni pulak tangga misteri..apa yang misteri sangat ni? cuba anda perhati? ada apa-apa yang pelik tak? ermm macam mana agaknya pereka tangga ni pikir nak wat camni erk..rasanya dia kasi cat sama colour ngan dinding kot..huhu..tula hilang macam tak wujud pulak tangga disitu..betul tak?
diselubungi misssteriii

Waw...sekali tengok macam teruja je..bukan apa, kreatif sangat pencipta tangga ni sampai boleh buat tangga daripada rak buku..yela kebiasaan kita tengok rak buku yang beso-besO mesti ada tangga panjang sebab nak kena daki nak ambik buku kan..tapi yang ni tak payah tangga-tangga dah sebab memang itu dah tangga pun..hahaha..bagus-bagus idea ni..bernas sekali!
tangga doktor falsafah


Last..tangga rahsia...memang la jadi rahsia kalau kita tak bagitahu kat orang tu dalam tangga tu ada laci...aku buat simpan duit aku 10 juta rupiah..haha..senyap-senyap sudah..so semestinya boleh la dibuat simpan apa-apa yang patut selain kasut kan..segala harta korun boleh simpan sekali..jadi kalo perompak masuk pon selamat sikit..hikhik..tak gitu?
rak kasut automatik

Thursday, December 2, 2010

Iklan rokok best

Nampak macam best ke tu?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

apa yang terpaksa kami lihat....

  

apa yang kamu pilih...



apa yang kamu hadapi...



 kebahagian meniti saat-saat akhir...



 kanak-kanak yang langsung tidak bersalah...


asap membunuh...


perokok pasif menjadi mangsa...


tengkorak hidup tapi mati...


bunuh diri...



terseksa merelakan diri menyedut racun...


cucuh mata sendiri...


 telah berada di kubur sebelum waktunya...


 beginilah kami ter~lihat bila kamu merokok...

 kempen ini telah dibuat oleh manusia yang benci akan makhluk perosak bernama rokok..ayuh kita bersama-sama menjadi anti-perokok...buat yang merokok..sedang merokok..bercita-cita untuk merokok......masih tidak terlambat untuk anda BERUBAH.....

pilihan terletak ditangan anda...tangan itulah yang akan membeli..mencucuh..dan menghantar rokok untuk memusnahkan diri anda..jadi tepuk dada tanya tangan...eh tanya akal la..pikir nak merokok ke tak!

SEKIAN buat kali ni..tunggu ada masa kita kasi ulas lagi pasal makhluk nih..ok chow!

Monday, November 8, 2010

Tengok betul-betul

Logik atau tidak gambar-gambar ini semua?? 










Sunday, November 7, 2010

Liar tapi baik

Teman sejati....lion and man...

sayu je wajahnya

masa untuk catwalk..opss lionwalk la..hehe

aarghh geliat sket

gigit sket....tapi macam tak sampai ati...huhu

bayi dan papanye

rasa dihargai

sangat jinak...wow

sangat kiut wajah dan action kamu begini

main-main gigit...sangat comelllll

16 Bunga tercantik di dunia

 1. Begonia


2. Black-eyed-susan


3. Bleeding-hearts


4. Blue-bells


5. Calla-lily


6. Canna


7. Cherry blosom


 8. Colorado-columbine


 9. Dendrobium


10. Hydrangea


11. Ixora


 12. Lantana


13. Lilyofthevalley


14. Mussaenda


 15. Oriental-poppy


16. Roses


About Me

My photo
=)senyum itu menceriakan...senyum itu penawar duka...senyum itu sedekah(=

sila la masuk tetamu