Pages

Friday, December 10, 2010

Setiap hirupan membawa padah

Kawan saya (dah arwah)...
dari usia muda...
pagi nescafe...2 X
petang nescafe...2X
malam nescafe...? X

depan mata saya...
bengun dari kerusi ...
kaki dia terus patah...
ulang dia reput...



Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang

Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakanan..

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat

dikenalpasati:

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh 

2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya. 

3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap. 

4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.

5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari. 

6. Tapak tangannya.semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini

adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)

2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer.

3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimer yang tinggi. 

4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.

5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine.

6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya.

7. Elakkan mandi selepas makan.

8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari. 

9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda 

10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya. 

11.Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada
nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

Sekian wassalam wallahua'lam. 


9 comments:

misz nana said...

salam ziarah :)

misz nana said...

nana pun dah lama x minum nescafe

cik suka senyum said...

tikiu misz nana sudi singgah ziarah kat blog ni..hehe..

bagusla tu misz nana dah x minum nescafe..sama-sama kita ambik iktibar n share bende ni..hehe..saya pon dapat tahu info ni dari kawan2 gak..just share..hehe

Imeldot said...

thanks for the info..mtk izin letak dlm blog.=)

Heidi Shafiq said...

aiseh.. feveret aku tu nescafe..

Halia Kentang @ Annpaan said...

nes mmg byk keburukan nye
tp nes sgt sedap..
hehehe

cik suka senyum said...

imeldot: silakanlahh..hehe

heidi n halia: yang sedap tu la besenye bahaye..huhuhu..bukan ape sebab setahu syaye la ken nescfe tu nyebabkan ketagih..bto x?huhu so syame2 la kite elak yea..hehe

nona hidayah said...

cik suka senyum..thanks for this info.berharga sangat..lepas nie saye pon nk kurangkan minum nescafe..

ZalinZalina said...

CSS..salam perkenalan...terkedu gak kak Ina bila baca pasal ni...kak Ina memang suka nescafe tapi selalunya 1 sachet buat 2 kali coz nak kurangkan manis...tapi sejak akhir2 ni memang kak ina rasa tercungap2...thanks ye for the info...pasni kak Ina taknak dah minum NES..

Post a Comment

About Me

My photo
=)senyum itu menceriakan...senyum itu penawar duka...senyum itu sedekah(=

sila la masuk tetamu